PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN KERTAS KERJA

 

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN 

PENGENALAN

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerjakertas Projek atau Prospektus.

Download artikel ini dalam PDF

 

Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

  1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
  2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
  3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
  4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
  5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

  1. Usahawan/Penternak

– Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.

– Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.

– Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

  1. Institusi Kewangan/pelabur

– Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,

skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

  1. Pembekal

–  Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan

pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.

  1. Kakitangan

–  Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya

pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan

mereka.

  1. Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)

– Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga

bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik

dan berterusan

 

Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

  1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

–         Nama perniagaan/projek

–         Tujuan rancangan perniagaan

–         Nama syarikat, alamat dan lain-lain

–         Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

  1. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan
  1. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

 

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

  1. Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif
  2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
  3. Latarbelakang perniagaan
  4. Latarbelakang ahli kongsi
  5. Kedudukan Projek
  6. Objektif Projek
  7. Rancangan Pentadbiran
  8. Rancangan Operasi
  9. Rancangan Pemasaran
  10. Rancangan Kewangan
  11. Penutup
  12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

 

Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian 1 – Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-

  1. Nama Syarikat
  2. Jenis perniagaan yang diceburi
  3. Nama dan lokasi/alamat perniagaan
  4. Status dan saiz projek
  5. Produk
  6. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
  7. Anggaran kos projek.

Bahagian 2 – Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

    1. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
    2. Merancang perlaksanaan projek.
    3. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
    4. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
    5. Lain-lain.

Bahagian 3 – Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

1. Alamat

Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

2. Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan  boleh juga digunakan.

3.     Tarikh dan Nombor Pendaftaran.

Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

4.     Modal Permulaan

Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke  dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

5. Bank

Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan  Kongsi / Pemegang saham

    1. Nama penuh
    2. No. kad pengenalan
    3. Tarikh lahir
    4. Umur
    5. Alamat Tetap
    6. No telefon
    7. Taraf perkahwinan
    8. Kelulusan akedemik
    9. Kursus yang pernah dihadiri
    10. Kemahiran
    11. Pengalaman
    12. Pekerjaan sekarang
    13. Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 – Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci.  Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 – Rancangan Pentadbiran

  1. Pentadbiran
  2. Carta Organisasi
  3. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
  4. Spesifikasi Tugas
  5. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
  6. Senarai Keperluan Pejabat
  7. Perbelanjaan Pentadbiran
  • Perbelanjaan aset
  • Perbelanjaan bulanan
  • Lain-lain perbelanjaan

Bahagian 8 – Rancangan Operasi

  1. Carta aliran Proses

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan.

Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

  1. Unit pengeluaran / jam operasi

Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

  1. Keperluan bahan

Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

  1. Tenaga Kerja

Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

  1. Mesin dan peralatan

Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

  1. Susun atur Ruang Operasi

Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

  1. Lokasi

Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

  1. Overhead operasi

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

  1. Perbelanjaan Operasi

Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

 

 

Bahagian 9 – Rancangan Pemasaran

  1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

  1. Sasaran Pasaran

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.

  1. Saiz Pasaran

Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

  1. Pesaing-pesaing utama

Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

  1. Kekuatan dan kelemahan pesaing

Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

  1. Syer pasaran

Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

  1. Ramalan Jualan

Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

  1. Strategi Pemasaran
  • Strategi Barangan

Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej

Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

  • Strategi Promosi

Bentuk Promosi yang dicadangkan

  • Strategi harga

Harga seunit yang dicadangkan.

  • Strategi edaran

Corak pengedaran yang dicadangkan.

Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

 

Bahagian 10 – Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

  1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

Penyata-penyata kewangan:

    • Aliran wang tunai
    • Penyata pendapatan
    • Kunci kira-kira
    • Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
    • Kos pelaksanaan Projek
    • Pelaburan aset tetap:

Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.

  • Modal Pusingan:

Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi

  • Lain-lain perbelanjaan:

Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

2. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

  • Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.
  • Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
  • Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

 

  1. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai

Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

  •      Prestasi Penyata Pendapatan

Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.

  •      Prestasi Kunci kira-kira

Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

  •     Analisis Daya Maju Kewangan
  •  

Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.

 

  • Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:
  1. Nilai kini bersih
  2. Kadar Pulangan dalaman
  3. Nisbah faedah kos
  4. Tempoh pulang modal

Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos

Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

Contoh-Contoh Jadual

Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.

JawatanBilangan Pekerja
Pengurus1
Kerani kewangan2
Pekerja Ladang4

Contoh jadual Spesifikasi Tugas

JawatanTanggungjawab
PengurusMenyelia operasi ladang.

Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.
Kerani kewanganPembayaran gaji pekerja2.Merekod wang masuk dan keluar.

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran

JawatanBil. PekerjaGaji BulananKWSPPERKESOJUMLAH
Pengurus13500.00350.00150.003900.00
Kerani2750.0075.0050.00875.00

Keperluan Pejabat

Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat

JENISBILANGANJUMLAH(RM)
Perabut Pejabat1 set1000.00
Komputer2 unit5000.00

Perbelanjaan Pentadbiran

ButirPerbelanjaan Harta(RM)Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain
Perbelanjaan (RM)
1. Perabut Pejabat1000.00
2. Komputer5000.00
3.Gaji dan caruman4775.00
4. Pendaftaran dan kertas kerja2500.00

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama

 JanFebMacAprilMeiJunJulOgosSepOktNovDisJumlah
Ramalan Jualan

Jadual Perbelanjaan Pemasaran

ButirPerbelanjaanHarta (RM)Perbelanjaan (bulanan) RMLain-lain Perbelanjaan (RM)
1.Kenderaaan (van)40000.00
2. Promosi5000.00100.00
3. Insuran dan cukai jalan500.00

Jadual Keperluan Bahan Mentah

Jenis BahanKuantiti DigunakanStok simpananHarga seunit (RM)Jumlah belian(RM)
Jagung100 kg100 kg0.480.00
soya100 kg100 kg0.5100.00

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi

JawatanBil. PekerjaGaji BulananKWSPPERKESOJUMLAH
Penyelia23000.00300.00150.003450.00
Pekerja42400.00240.00100.002740.00

Jadual mesin dan peralatan

JenisHargaBilanganJumlah Harga
1. Chopper5000.0015000.00
2. Automatic Drinker12000.00112000.00

Perbelanjaan Operasi – Jadual Perbelanjaan Operasi

ButirPerbelanjaan Harta(RM)Perbelanjaan(bulanan) RMLain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Chopper5000.00
2. Automatic Drinker12000.00
3.Gaji dan caruman6190.00
4.2500.00

Contoh Kos Perlaksanaan Projek

ITEMKOS
Jumlah sumber PembiayaanRM .............................
Perbelanjaan harta
– (Pelaburan Aset Tetap ) RM .............................
Perbelanjaan Bulanan
– (modal pusingan)RM .............................
Lain-lain perbelanjaanRM .............................
Belanja Luar JangkaRM .............................
Jumlah Kos ProjekRM .............................
Sumber Pembiayaan Projek
Modal sendiriRM .............................
PinjamanRM .............................
Sewa beliRM .............................
Lain-lain (termasuk geran kerajaan)RM .............................

 

Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC

Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)

 2002200320042005
Untung Bersih21,00021,00021,00021,000
Hasil
Jualan 100,000 100,000 100,000 100,000
- kos Barang dijual70,00070,00070,00070,000
Untung kasar30,00030,00030,00030,000
- Belanja-belanja
Pentadbiran5,0005,0005,0005,000
Pemasaran3,0003,0003,0003,000
Kewangan1,0001,0001,0001,000
Jumlah Belanja9,0009,0009,0009,000

Contoh Prestasi Kunci kira-kira

Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan

Pada setiap tahun yang berakhir pada :

Tahun2002 (RM)2003 (RM)2004 (RM)2005 (RM)
Aset Tetap
Kenderaan50,00045,00040,00035,000
– susut nilai5,0005,0005,0005,000
Jumlah45,00040,00035,00030,000
Peralatan50,00045,00040,00035,000
– susut nilai5,0005,0005,0005,000
Jumlah45,00040,00035,00030,000
Aset Semasa
Tunai15,00020,00025,00030,000
Si berhutang10,00010,00010,00010,000
Stok bahan mentah5,0005,0005,0005,000
Stok akhir10,00010,00010,00010,000
Jumlah40,00045,00050,00055,000
JUMLAH ASET130,000125,000120,000115,000
Ekuiti
Modal sendiri10,00010,00010,00010,000
Untung Bersih21,00021,00021,00021,000
Jumlah31,00031,00031,00031,000
Liabiliti
Baki Pinjaman90,00090,00090,00090,000
Pemiutang9,0009,0009,0009,000
Jumlah99,00099,00099,00099,000
JUMLAH EKUITI dan LIABILITI130,000130,000130,000130,000

Bahagian 11 – Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.

Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.

Bahagian 12 – Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)

Contohnya:-

  1. Surat sebutharga
  2. Sijil kursus
  3. Surat sokongan pihak tertentu
  4. Surat dapat tender
  5. Sijil pendaftaran syarikat
  6. Salinan permit/lesen
  7. Surat-surat kepujian
  8. Bukti modal sendiri
  9. Salinan surat Cagaran
  10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)

Download artikel ini dalam PDF