Pengenalan kepada Konsep Pemasaran Perniagaan
Definisi Pemasaran Perniagaan
Satu proses yang dikendalikan secara sistematik oleh usahawan untuk memuaskan kehendak dan keperluan pengguna di samping meningkatkan jualan syarikat.
Tujuan Pemasaran Perniagaan
Untuk memuaskan kehendak dan keperluan pelanggan di samping menyumbang kepada keuntungan perniagaan.
Konsep Pemasaran Perniagaan
- Berorientasikan produk
- Berorientasikan pengguna
Berorientasikan produk
Mengandaikan pelanggan akan memilih produk yang berkualiti dan menawarkan harga yang berpatutan.
Berorientasikan pengguna
Mengutamakan kepuasan pelanggan.
Unsur Pemasaran
- Produk
- Harga
- Agihan atau saluran pemasaran
- Promosi
Produk
- Rekabentuk barangan atau pakej perkhidmatan
- Corak pembungkusan
- Jenama yang sesuai
- Perkhidmatan selepas jualan
Harga
- Berasaskan nilai
- Berasaskan kos
- Harga berasaskan tahap keuntungan
- Berasaskan titik pulang modal
- Berasaskan persaingan
Agihan (saluran pasaran)
- Pemborong
- agen jualan
- Peruncit
- terus kepada pelanggan
Promosi
- Pengiklanan – Melalui akhbar, tv, radio, majalah
- Promosi Jualan – Premium, kupon, hadiah “patronage”, promosi mengumpul mata bagi setiap pembelian
Rancangan Pemasaran
Rancangan Pemasaran menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memuaskan kehendak dan keperluan pengguna disamping meningkatkan jualan syarikat.
- Pengenalan terhadap barang/perkhidmatan
- Sasaran pasaran
- Saiz pasaran
- Persaingan
- Syer pasaran
- Ramalan jualan
- Strategi pemasaran
- Perbelanjaan rancangan pemasaran
Pengenalan terhadap barang/perkhidmatan
Terangkan dengan jelas barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan.
Produk atau perkhidmatan perlu mampu untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan yang disasarkan
Sasaran Pasaran
Terangkan dengan jelas barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan.
Produk atau perkhidmatan perlu mampu untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan yang disasarkan.
Sasaran Pasaran
Siapakah kumpulan pelanggan yang menjadi sasaran untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya pelanggan sasaran boleh diketegorikan mengikut jantina, umur, tahap pendidikan, tahap pendapatan, kawasan atau sebagainya.
Saiz Pasaran
Anggarkan saiz pasaran berdasarkan kadar penggunaan sekarang.
Adakah saiz pasaran sekarang dan masa depan menggalakkan untuk diceburi?
Persaingan
Kenalpasti pesaing-pesaing utama dalam perniagaan dan buat analisis kekuatan kelemahan mereka secara objektif.
Syer Pasaran
Syer pasaran adalah peratusan yang dianggarkan daripada saiz pasaran.
Anggaran ini diperoleh berasaskan kekuatan dan kelemahan perniagaan berbanding pesaing-pesaing dalam sasaran pasaran.
Ramalan Jualan
Kira anggaran jualan untuk tahun pertama operasi dengan mengambil kira faktor-faktor seperti, tempoh memulakan perniagaan, persaingan, perubahan permintaan mengikut musim, dan kitaran projek yang dijalankan sebelum
menghasilkan jualan.
Ramalan Jualan
Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran menerangkan perancangan dan strategi yang akan digunakan oleh perniagaan untuk menarik minat belian di kalangan pasaran sasaran yang berkaitan dengan barang atau perkhidmatan, harga, pengedaran, dan promosi.
Perbelanjaan Rancangan Pemasaran
Senaraikan keperluan aset untuk melaksanakan aktiviti pemasaran.
Kenal pasti juga belanja-belanja bulanan dan perbelanjaan lain yang terlibat dalam perancangan tersebut seperti belanja-belanja bulanan (overhead) dan belanja-belanja lain.
Perbelanjaan Rancangan Pemasaran
Contoh :
Butir | Aset(RM) | Perbelanjaan(bulanan) RM | Perbelanjaan lain-lain RM | Jumlah(RM) |
---|---|---|---|---|
Aset Bukan Semasa Van Penghantaran | 60,000.00 | 60,000.00 | ||
Perbelanjaan Bulanan | ||||
Promosi | 200.00 | 200.00 | ||
Petrol & Belanja Kenderaan | 500.00 | 500.00 | ||
Perbelanjaan lain | ||||
Insuran & Cukai Jalan Van | 2,500.00 | 2,500.00 | ||
Jumlah | 60,000.00 | 700.00 | 2,500.00 | 63,200.00 |
Dapatkan The book On Marketing Planning (366 mukasurat)
