MyBizCore

Perbezaan Antara Revenue dan Income

perbezaan antara revenue dan income

Anda bingung Apa Perbezaan antara Revenue dan Income? Inilah Penjelasan – Tanpa disedari, biasanya beberapa istilah kewangan sering sekali disalah-digunakan dalam perbualan harian. Walaupun maksud Revenue dan Income apabila diterjemah kepada Bahasa Malaysia akan memberi maksud yang sama iaitu Pendapatan.

Penggunaan perkataan yang salah kadang-kadang akan menyebabkan kekeliruan bagi pelabur muda dan usahawan baru.

Terutamanya kepada ahli perniagaan dan pelabur yang tidak mempunyai pendidikan formal asas kewangan.

Ramai orang sering menggunakan istilah ini secara bergantian, namun kadang-kadang dalam konteks yang salah. Istilah ini memang terdengar sangat mirip, bahkan dari segi maknanya, akan tetapi ternyata berbeza dalam konsep pengertiannya.

Revenue, ialah istilah kewangan yang biasanya akan muncul di bahagian paling atas dari laporan Penyata Pendapatan. Biasanya hal ini terdiri dari jumlah keseluruhan wang tunai yang dihasilkan melalui penjualan produk atau perkhidmatan yang menjadi operasi utama bagi suatu perniagaan.

Hasil dari revenue yang ditunjukan biasanya juga akan dikurangkan oleh pemulangan atau diskaun yang ada. Dengan kata lain, revenue dapat dijelaskan sebagai untung bersih yang dihasilkan oleh perniagaan pada tempoh yang tertentu.

Contohnya, jika anda memiliki restoran, maka revenue anda akan berasal dari jumlah penjualan makanan selama tempoh waktu tertentu (biasanya dikira secara bulanan). Jika anda memberikan diskaun, maka anda perlu menolak jumlah pendapatan yang dihasilkan dengan jumlah diskaun yang anda berikan.

Di samping itu, kadang-kadang beberapa jenis perniagaan juga mungkin mempunyai sumber pendapatan alternatif daripada pelaburan dan jualan aset lain. Dana ini tidak dapat dikira sebagai revenue kerana ia tidak berasal dari operasi utama perniagaan.

Jumlah dana yang dihasilkan di luar operasi utama boleh dimasukkan ke bahagian lain dari penyata pendapatan.

Jika begitulah mengenai revenue, maka apa perbezaan antara revenue dan income?

Bukankah income juga merupakan hasil yang didapati dari operasi utama sebuah perniagaan?

Income atau yang disebut pendapatan atau keuntungan yang diperolehi, ia mempunyai makna yang berbeza daripada revenue. Dalam konteks kewangan, income hampir selalu merujuk kepada pendapatan(income) bersih.

Biasanya dirujuk sebagai pendapatan bersih kerana amaun tersebut mewakili baki jumlah tunai (pendapatan)revenue asal selepas mengambil kira semua kos tambahan dan pendapatan(income) tambahan.

Manakala untuk pendapatan tambahan, biasanya diperolehi dari beberapa pendapatan termasuk faedah terakru pada pelaburan atau dana yang timbul daripada penjualan aset tidak ketara atau aset fizikal, seperti peralatan atau bon.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai restoran yang menghasilkan keuntungan bersih sebanyak RM 2,000 sehari, maka dalam satu bulan anda akan memperoleh RM 2,000 x 30 = RM 60,000 keuntungan bersih sebulan.

Kemudian anda harus membayar RM 5,000 sewa kedai sebulan, perbelanjaan bahan mentah sebanyak RM 10,000 sebulan, dan gaji pekerja 5 orang sebanyak RM 2,000.000 seorang.

Jika ia dijumlahkan; RM 5,000 + RM 10,000 + RM 10,000 = RM 25,000.  Kemudian anda boleh mengurangkan revenue (pendapatan) yang anda perolehi dengan kos yang ditanggung. Sehingga RM 60,000 – RM 25,000 = RM 35,000.

Jumlah angka yang telah hasilkan kemudiannya dirujuk sebagai income atau keuntungan bersih yang diperoleh melalui perniagaan.

Angka ini kemudiannya boleh ditambah dengan beberapa sumber pendapatan alternatif lain serta bentuk pendapatan (income) yang boleh diterima oleh pemilik perniagaan.

Oleh itu, jika ia disimpulkan tentang kedua-duanya, maka pendapatan revenue dapat disimpulkan sebagai keuntungan bersih awal yang diperoleh melalui keuntungan dari operasi perniagaan.

Manakala, pendapatan income boleh didefinisikan sebagai pendapatan bersih yang diperolehi selepas keuntungan yang terhasil dikurangkan dengan kos yang mesti dibayar semasa operasi perniagaan. Penambahan sumber alternatif lain juga yang tentunya boleh ditambah ke dalam pendapatan income .

Nah, sekarang anda telah tahu apa perbezaan antara revenue dan income.

Koleksi Digital

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Buka Whatsapp
    1
    Boleh kami bantu, kami ada banyak Solusi Bisnes