Contoh Rancangan Perniagaan
21 Contoh Rancangan Perniagaan Penuh (Bahasa Malaysia) dalam fail PDF ( Guna Google Doc atau Acrobat Reader ) yang boleh dicopy ke Microsoft Word
Contoh rancangan perniagaan ialah dokumen pra-tulis yang berfungsi sebagai templat untuk membuat rancangan perniagaan. Ia boleh digunakan sebagai panduan untuk membantu usahawan memahami elemen utama yang harus dimasukkan dalam rancangan perniagaan, dan cara mengatur dan membentangkannya dengan cara yang jelas dan profesional.
Beberapa sebab penting untuk menggunakan contoh rancangan perniagaan termasuk:
Penjimatan masa: boleh menjimatkan banyak masa usahawan dengan menyediakan titik permulaan untuk mencipta rancangan mereka sendiri.
Pembelajaran: boleh menjadi alat pendidikan yang berharga untuk usahawan yang baru dalam proses mencipta rancangan perniagaan. Ia boleh membantu mereka memahami elemen utama yang perlu disertakan dan cara menyusun dan membentangkannya.
Inspirasi: boleh memberi inspirasi kepada usahawan yang sedang bergelut untuk menghasilkan idea untuk rancangan mereka sendiri.
Konsisten: boleh membantu memastikan semua elemen utama disertakan dan dibentangkan dengan cara yang konsisten.
Penandaarasan: boleh dijadikan sebagai penanda aras yang mana usahawan boleh membandingkan rancangan mereka sendiri.
Adalah penting untuk menggunakan contoh rancangan perniagaan yang berkaitan dengan industri dan jenis perniagaan yang anda mulakan, dan untuk menyesuaikannya agar sesuai dengan keperluan khusus anda. Walaupun contoh rancangan perniagaan boleh menjadi alat yang berguna, adalah penting untuk diingat bahawa setiap perniagaan adalah unik dan rancangan perniagaan akhir harus mencerminkan keunikan tersebut.
Contoh Rancangan Perniagaan Di dalam Pakej ini
- Penternakan Lembu
Operasi Syarikat:
1. Menternak lembu fidlot secara komersial.
2. Pemasaran tertumpu kepada jualan hidup untuk tujuan korban, aqiqah dan kenduri.
3. Penjualan tinja ternakan (tanpa campuran) kepada pembeli runcit.
Perancangan Masa Depan Syarikat:
1. Penternakan intergrasi juga akan dijalankan jika mendapat kerjasama dengan pemilik ladang-ladang sawit berhampiran.
2. Menjual daging segar terus dari ladang ke pasar tani , pasar malam dan peruncit
3. Memproses tinja ternakan menjadi baja. Membungkus, melabel dan memasarkannya ke tapak-tapak nurseri, pembeli runcit dan syarikat-syarikat lanskap.
4. Menyediakan masakan daging berbagai resepi untuk pembelian ternakan dari ladang.
4. Menyediakan rumah sembelihan sendiri yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
5. Mendapat pengiktirafan halal oleh badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab.
6. Menjalankan pemprosesan hasilan daging seperti burger, nugget, bebola daging dsb.
7. Melebarkan sayap pasaran ke pasaraya besar.
- Penternakan Kambing –
KERTAS KERJA PENTERNAKAN KAMBING DAGING
PENDAHULUAN
Industri ternakan kambing dinegara ini masih belum dilakukan dengan komersil lagi. Ini mungkin disebabkan oleh tanggapan masyarakat bahawa pemelihara kambing perlukan keserasian dengan kambing untuk membolehkan kambing hidup dengan baik…..
Berikut merupakan fasa- fasa yang akan dijalankan.
FASA PROJEK TERNAKAN KAMBING DAGING
1: FASA 1 – PEMBANGUNAN PADANG RAGUT
2: FASA 2 – PEMBINAAN KANDANG KAMBING
3: FASA 3 – PEMBELIAN BAKA INDUK
4: FASA 4 – PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN
5: FASA 5 – PROMOSI DAN JUALAN
- Penternakan Burung Puyuh –
VISI SYARIKAT
Ingin menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dalam sektor industri daging puyuh setanding dengan industri daging yang lain seperti daging ayam, daging
arnab dan sebagainya didalam bentuk yang pelbagai.
MISI SYARIKAT
• Ingin menembusi pasaran tempatan dalam tempoh 5 tahun akan datang.
• Syarikat juga mahu membuka ladang penternakan di setiap negeri di
Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
• Mencari peluang pemasaran di luar Malaysia iaitu Asia Tenggara.
• Ingin mencapai tahap Syarikat antarabangsa dengan mewujudkan francais di
luar daripada Asia Tenggara seperti China, Eropah dan Timur Tengah.
• Ingin mencapai tahap ISO demi keyakinan pengguna terhadap produk burung
puyuh.
- Penternakan Cacing
5.0. SKOP PERNIAGAAN
5.1. Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini ialah menjual baja organik dan cacing.
5.2. Produk syarikat yang dihasil daripada aktiviti perusahaan yang dijalankan adalah seperti berikut:-
5.2.1. BAJA ORGANIK
Baja organik dihasilkan pada hari ke 8 dan seterus hari ke 8 yang berikutnya. Harga pasaran baja organik yang telah dikeringkan ini ialah RM12.00 bagi satu kilogram. Syarikat menjual baja organik ini dengan harga hanya RM2.00 bagi satu kilogram untuk jualan borong dan RM3.00 satu kilogram bagi jualan runcit.
5.2.2. CACING
Dalam tempoh 6 bulan memproses baja organik dengan
menggunakan cacing sebanyak 100kg, cacing akan sama membiak dan dianggarkan bertambah sebanyak 500kg.
- Ladang Buah Naga
1.0 PENGENALAN
~ Tanaman Pitaya atau kaktus madu atau dargon fruit (Hylocereus undatus) adalah berasal dari America Selatan seperti Mexico dan Colombia. Pada tahun 1870, tanaman ini di bawa oleh orang-orang Perancis dari Guyana, Amerika Selatan ke Vietnam sebagai tanaman biasa sebagi tanaman hiasan. Sekarang tanaman pitaya telah ditanam di Taiwan, Malaysia dan Thailand.
Buah pitaya, telah mula dikenali di Malaysia sejak 4 tahun yang lalu. Kini di Malaysia tanaman pitaya boleh didapati di Negeri Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Trengganu
dan Kelantan. Keseluruhan keluasan tanaman adalah lebihkurang 320 hektar.
Terdapat tiga (3) jenis buah pitaya, seperti berikut:-
1. Isi Putih, berkulit merah,, Hylocereus Undatus.
2. Isi Merah, berkulit merah, Hylocereus Polyrhizus,
3. Isi Putih, Berkulit Kuning, Selenicereus Megalanthus.
- Ladang Sayur
TEKNIKAL
• Profail jenis sayuran
a) Kailan
b) Bayam
c) Kangkung
d) Kacang buncis
e) Kacang bendi
f) Kacang panjang
g) Cili Merah Kulai
• Tapak Projek/ Premis
a) Lokasi:
Syarikat Sdn Bhd telah membuka ladang sayuran seluas 3 hektar di Batu 5, Jalan Kodiang-Changloon, Mukim keplu, Kodiang, Kedah
Formula asas kepada pemilihan lokasi ladang sayuran ini ialah kesesuaian tanah dan kemudahan asas yang sedia ada. Lokasi ini penting bagi menghasilkan pengeluaran yang maksima dan mampu memberi kemudahan kepada pemborong- pemborong sayuran mendapatkan hasil ladang.
- Ladang Cendawan
- Bakeri
- Frozen Food
- Restoran
- Katering
- Cybercafe / Kafe Internet
- Kedai Runcit / Prosper PUNB
- Makanan Ringan
- Kedai Telekomunikasi / Handphone
- Kedai Jahitan
- Salon Kecantikan
- Koperasi
- Percetakan / Printing
- Kedai Dobi / Laundry
- Penternakan Lembu Feedlot