DANA BANTUAN PEMBANGUNAN FRANCAIS (DBPF)

DANA BANTUAN PEMBANGUNAN FRANCAIS

DANA BANTUAN PEMBANGUNAN FRANCAIS (DBPF)

Agensi : Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Kategori Entri : Pembiayaan

Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Dana Pinjaman Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) adalah insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya berdaftar dengan Pendaftar Francais KPDNKK sebagai perniagaan francais layak memohon geran dalam bentuk bayaran balik ke atas kos yang dibelanjakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000.00

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Geran

Kelayakan Perniagaan

  • Syarikat Sendirian Berhad

Kelayakan Mengikut Negeri

  • Semua Negeri

Lain-lain kelayakan

  • Hendaklah memohon menggunakan borang permohonan yang telah ditetapkan iaitu Borang BPF3.
  • Tuntutan ke atas DBPF mestilah tidak melebihi 2 tahun dari tarikh mendapat lesen francais.
  • Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais (PPF) KPDNKK.
  • Bantuan perniagaan francais yang boleh mendapat bantuan ini hanyalah bagi business format franchise
  • Mempunyai prototaip premis yang berdaya maju.
  • Syarikat telah melantik 5 francaisi Bumiputera.
  • Setiap syarikat hanya layak mendapat bantuan bagi satu produk sahaja dan jika mendapat bantuan bagi produk berbeza maka pengusaha perlu menubuhkan syarikat yang berlainan.
  • Francaisor perlu melantik lebih daripada 5 francaisi Bumiputera untuk menuntut baki 40% daripada jumlah keseluruhan iaitu RM10,000 bagi setiap tambahan 1 francaisi Bumiputera yang dilantik tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Maklumat Agensi

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Aras 16, Menara PNS,
Tower 7, Avenue 7,
Bangsar South City,
No 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala LumpurTel    :      1-800-22-1767
Faks :      03-20827666

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin – Jumaat
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi – 6.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang – 2.00 Petang