DANA MUDAHCARA

Dana MudahCara

DANA MUDAHCARA

Agensi : Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
Kategori Entri : Pembiayaan

Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Dana Mudahcara (Facilitation Fund) diwujudkan sebagai tipping point kepada inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Geran 15% dari keseluruhan kos bagi komponen infrastruktur dan peralatan bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan oleh syarikat Bumiputera terutamanya dalam sektor NKEA yang berimpak tinggi. Minima nilai projek yang layak dipertimbangkan untuk mendapatkan dana ini ialah RM 2.5 juta. Had maksima dana yang boleh diberikan ialah RM 30 juta. Dana ini diwujudkan hasil kolaborasi dengan Unit Kerjasama Awam-Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS). Permohonan ini boleh dikemukakan melalui ibu pejabat atau mana-mana pejabat cawangan TERAJU di Wilayah Pembangunan Ekonomi di seluruh negara.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Geran

Kelayakan Perniagaan

  • Koperasi
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad

Kelayakan Mengikut Negeri

  • Semua Negeri

Lain-lain kelayakan

  • Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham efektif syarikat pemohon dimiliki oleh Bumiputera.
  • Untuk syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia 35% pegangan saham efektif dimiliki oleh Bumiputera
  • Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan / Pengurusan Kanan adalah Bumiputera.
  • Kos projek tidak kurang daripada RM 2.5 juta.
  • Projek seperti dalam permohonan memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi dan mempunyai nilai tambah / nilai pengganda yang tinggi.
  • Projek seperti di dalam permohonan berpotensi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang berterusan kepada warganegara Malaysia terutamanya di peringkat pengurusan dan profesional.
  • Mempunyai nilai strategik selaras dengan teras yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10- NKEA dan NKRA.
  • Syarikat pemohon mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta berkeupayaan untuk mendapatkan pembiayaan komersil bagi projek.

Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

  • Borang 49
  • Borang 24 (Allotment of Shares dan semua dokumen yang berkenaan)
  • Borang 9 (dan Borang 13 jika berkenaan)
  • Penyata Akaun Syarikat (tiga tahun beraudit terkini)
  • Profil Syarikat
  • Prestasi Syarikat

Maklumat Agensi

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

Unit Peneraju Agenda Bumiputera.
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Menara Surian
No. 1, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
47810 SelangorTel    :      0378398000
Faks :      0378398100

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin – Jumaat
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi – 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang – 2.00 Petang