PEMBANGUNAN PRODUK FRANCAIS TEMPATAN (PPFT)

PEMBANGUNAN PRODUK FRANCAIS TEMPATAN (PPFT)

Agensi : Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Kategori Entri : Pembiayaan

Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Membantu usahawan Bumiputera tempatan yang mempunyai perniagaan atau produk tempatan yang berupaya untuk dikembangkan melalui sistem francais.Perunding francais akan dilantik olek Kerajaan untuk membimbing usahawan membangunkan sistem perniagaan francais. Kos bagi perkhidmatan perunding tersebut akan dibiayai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Geran
Kelayakan Perniagaan

  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri

  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan

  • Syarikat Bumiputera bertaraf Sendirian Berhad.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mempunyai akaun beraudit sekurang-kurangnya bagi 2 tahun terkini.
  • Mempunyai rekod keuntungan yang baik.
  • Mempunyai outlet yang boleh dijadikan prototaip.
  • Mempunyai sistem asas bagi operasi perniagaan.
  • Mempunyai sistem POS (point of sale) dan sistem perakaunan yang teratur.
  • Syarikat dan Pengarah tidak mempunyai sebarang tindakan undang-undang.
  • Syarikat bersedia untuk mengembangkan perniagaan melalui francais.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

  • Mendapatkan borang permohonan dari PNS.
  • Syarikat menyediakan profil syarikat dan penyata kewangan.
  • Menghantar permohonan kepada PNS.
  • PNS membuat lawatan ke outlet.
  • Syarikat membentangkan pelan perniagaan kepada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Produk Francais (JTPP).
  • PNS membentangkan cadangan perlantikan perunding Franchise Readiness Audit (FRA) & Due Diligence (DD) kepada Jawatankuasa Induk Pembangunan Produk Francais ( JIPP).
  • Bentang ke Jawatankuasa Induk Pembangunan Produk Francais (JIPP) untuk pelantikan perunding pembangunan pakej francais.

Maklumat Agensi

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Aras 16, Menara PNS,
Tower 7, Avenue 7,
Bangsar South City,
No 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur

Tel    :      1-800-22-1767
Faks :      03-20827666

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin – Jumaat
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi – 6.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang – 2.00 Petang