PROGRAM PENINGKATAN USAHAWAN BUMIPUTERA (PUTERA)

PROGRAM PENINGKATAN USAHAWAN BUMIPUTERA (PUTERA)

Agensi : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
Kategori Entri : Pembiayaan

Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Iamerupakan program usaha sama di antara Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dan SEDC bertujuan untuk membantu dan meningkatkan taraf peniaga kecil Bumiputera yang berpotensi dan berdaya maju. Berbekalkan objektif untuk meningkatkan imej dan kualiti perkhidmatan/operasi perniagaan kecil Bumiputera, SEDC memberi bantuan peralatan/mesin bagi pemprosesan makanan, kedai makanan dan minuman, peruncitan, andaman atau salun kecantikan, bengkel kereta/motorsikal dan kontraktor Kelas F (UPKJ) bagi memajukan serta meningkatkan perniagaan operasi.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Geran
Kelayakan Perniagaan

  • Milikan Tunggal
Kelayakan Mengikut Negeri

  • Sarawak
Lain-lain kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sarawak)
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai lesen
  • Beroperasi di tapak perniagaan tatap
  • Mengendalikan Perniagaan sepenuh masa
  • Berpendapatan tidak melebihi RM3,000.00
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi.
  • Salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan suami / isteri pemohon.
  • Salinan lesen perniagaan atau permit perniagaan.
  • Sebutharga peralatan yang dipohon.
  • Sokongan daripada ketua kampung/penghulu/pejabat daerah.

Maklumat Agensi

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)

Tingkat 6 – 11, Menara SEDC, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching, Sarawak
93100 Sarawak

Tel    :      082416777
Faks :      082424330

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin – Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi – 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang – 2.00 Petang